Wednesday, 20 March 2013

7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum.....

Selamat petang sume... Hari nie badan kite wase macam lemau-lemau ajer... Macam nak demam pum ada wasenyer... Tapi bias lawan jek jangan dilayan sangat sakitnyer... Sebab kalu nnti demam teruk susah la plak kan nak kene makan ubat segala... Yang sebenarnyer kite memang x boleh nk telan sangat ubat... X tahu la kenapa... Dulu time demam, mama bagi ubat kite buat tipu-tipu telan... Hahahh... Serius x boleh nk telan... Dah start membebel la plak kan... Hehehe....

Nie kite nk kongsi ilmu sikit ape yang kite baca kat facebok tadik... Tentang bacaan pembuka pintu rezeki...

1.  Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat 
     datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah." 
     (HR. At-Tabrani)

2.  Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca La 
     ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran 
     dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3.  Melanggengkan Ber-Istighfar "Barang siapa melanggengkan beristighfar niscaya Allah 

     SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang 
     tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

4.  Membaca
Surah Al-Ikhlas "Barangsiapa mmbaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka 

     bacaan tersebut menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-
     Tabrani)

5.  Membaca Surah Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka 

     tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

6.  Memperbanyak
Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu 

     sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda: "Wahai 
     Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan 
     (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan 
     segala kesulitan didalamnya."

7.  Membaca
"Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim". Dari setiap kalimat itu seorang 

     malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu 
     diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


Semoga kite semua sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup.... Amin....

Okies, bai....

Sunday, 17 March 2013

Pure Marine Collagen (Rumpai Laut)

*sticky post*
*please scroll down for new entry*

Assalamualaikum.......

Sejak kebelakangan ini, femes sangat kolagen di kalangan mereka yang menjaga kesihatan dan kecantikan.... Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia...

 collagen mentah 

KEBAIKAN KOLAGEN ASLI DARIPADA RUMPAI LAUT KERING

-Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
-Peningkatan PAYUDARA
-Anti Bakteria
-Membuang TOKSIN
-Menghilangkan SEMBELIT
-Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
-MENCANTIKKAN KULIT
-MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
-Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
-Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
-Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT
-Mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT dan JERAWAT juga RESDUNG
-Membantu meningkatkan METABOLISME
-Meningkatkan fungsi stomach 
-Membantu menghapuskan nefritis (radang buah pinggang), Arthritis (sendi tulang), basal
-Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi
-Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
-Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
-SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
-Mencegah ANEMIA
-Mampu meningkatkan penghasilan SUSU IBU
-Memperbaiki masalah penglihatan dan batuk
-Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan gamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.
-Sesuai untuk ibu mengandung 6 bulan ke atas (2 sudu sahaja)

CARA PENYEDIAAN

1. Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh beberapa kali (seperti mencuci beras) 
    sebelum direndam semalaman. 
2. Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau 
    kotoran melekat lalu ditoskan.
3. Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama 2.5 liter air selama 15-20 minit. 
4. Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk 
    beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2.

PERATURAN MAKAN

Waktu Pagi:
1. Semasa perut kosong selepas bangun tidur
2. Ambil 2-3 sudu besar jelly, masukkan ke dalam cawan.
3. Letak sedikit air suam, makan.
4. Kalau tak boleh makan begitu saja, bancuhkan dengan sedikit air milo, horlick, ribena, oren jus, 
    letak sedikit air dan minum.
5. Selepas 1/2 jam barulah ambil sarapan pagi.
6. Elok diambil bersama vitamin C 1000mg selepas sarapan pagi.

Waktu Malam:
1. Sebelum tidur ambil 2-3 sudu besar jelly. 

ELAKKAN: 
Elakkan kaffein (teh, kopi, nescafe & minuman bergas)

PERHATIAN
Kanak-kanak bawah 2 tahun tidak boleh mengambil jelly ini. Wanita selepas bersalin dan Caesar.

PERATURAN
Kanak-kanak 3 tahun ke atas: 1 sudu kecil (pagi/malam) (1x sehari)
Remaja: 1 sudu besar (pagi dan malam) (2x sehari)
Dewasa dan warga emas: 2-3 sudu besar (pagi dan malam) (2x sehari)




Rumpai Laut Kuning (gred AA)
Harga 100gm : RM15 termasuk POSTAGE
COD untuk sekitar Rawang

KEPADA SESIAPA BERMINAT SILA HUBUNGI:

Reena
Email : reenzid_85@yahoo.com

Terima kasih....



Saturday, 9 March 2013

Pavlova

Asslamualaikum.....

Semalam kite try buat pavlova sendri sbb x than asyik teringat aje pavlova time makan kat Shah Alam minggu lepas.... Pagi semalam try carik2 resipi pavlova dlam internet... Rupa-rupanya senang je nk buat pavlova nie... Bahan-bahan tuk buat pavlova pum bukan nyer susah pum.... X faham betul kenapa mahal plak pavlova nie.... Maybe buah-buah kot yg mahal tu.... Nie resipi yang kite guna... Ngam-ngam jek rasa, x manis sangat..

Bahan-bahan :

4 biji telur putih
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanilla

Topping :
1/2 cawan whipping cream
buah kiwi dan strawberry secukupnye

Cara-cara :

1. Pukul telur sampai berbuih. Masukkan gula sikit demi sedikit sambil pukul yer, jgan berhenti sampai gula habis. Pastikan gula hancur. Pukul sampai jadi 'sticky'. Nak tahu sticky ke tak cuba telengkup atas kepala, kalau jatuh tu x sticky lagi la. Hehehe...

2. Pastu masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanila dan kacau guna spatula.

ready untuk dibakar

3. Gunakan baking paper untuk lapik dulang pembakar. Dan letakkan dalam dulang dan bakar. Bakar dalam oven 150C selama 1 jam 30 minit atau 2 jam. (bergantung kepada oven masing-masing)

kita just guna buah kiwi dan strawberry 

PENTING

Bila pavlova dah masak, sejukkan pavlova dalam oven dengan renggangkan sedikit pintu oven. Jangan terus bawa keluar nnti dye merekah.

Topping plak just pukul whipping cream sampai kembang. Kita guna whipping cream jenama VIVO so x payah masukkan gula lagi. Tunggu pavlova sejuk dalam suhu bilik, letakkan whipping cream dan buah-buah. Masukkan ke dalam peti sejuk dan makan time2 sejuk.... Wah nikmatnyer.... Nyum nyum...

ini la hasilnyer. dah tinggal sikit dah

Selamat mencuba...

Okies, bai...

Penat

Assalamualaikum.....

Fuh fuh, penat sangat hari nie..... Hari nie mmg dari pagi smpai malam, x sempat lagik berehat.... Penat betul hari ini, pagi-pagi kemas umah, jemur baju..... Lepas zuhur plak pegi jj sebab nk beli buah2 nk buat pavlova la.... Mlam lepas maghrib plak gerak pegi Bukit Beruntung, nk tempah baju.... Balik dari sana, terus buat pavlova.... dan sekarang dah pukul 1 pagi pum belum tido lagik..... Huhuhuhu...... Kite dah nk tido sumer.... Good night and have a nice dream.....

Okies, bai.....

Thursday, 7 March 2013

-Hepi Besday to Papa & Aara Dania-

Assalamualaikum......

Hari nie birthday papa kite dan anak sedara kite, Aara Dania..... Mereka berkongsi tarikh yang sama.... Jimat ckit nak celebrate kan.... Hehheheh

Hepi besday tuk Papa dan Aarasan (nama manja)..... 
May Allah SWT bless u always..... 
Amin.....

Aara Dania

sambut birthday pagi tadi ngan kakak, Aisha

Okies, bai....



Lama x update

Assalamualaikum.....

Wah3, lama betul x jenguk dlam nie.... Huhuhu..... Busy ngan kehidupan seharian..... Ini sumeeee poooyoooo..... Hehehhe... Nnti kite try tuk update okies.....


Daaaa.....